CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Doakan Kami Berkekalan

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Sah...Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Menarik Disini




Wednesday, January 23, 2013

Sudah hari ke 20 =)

Alhamdulillah... hari ke 20 baru bekesempatan update blog..
Time baby tido bolehlah mamanye surfing internet dulu hehehe....

Semua urusan dah settle... mykid baby pun dah siap!!!
Nama yang kami pilih untuk permata hati kami.... Aqil Aiman Bin Aindin Adha.

Sepanjang 20 hari berpantang...
Makan... oklah!!! boleh telan lagi walaupun duk ngadap ikan panggang hari2...
Tapi untuk harini mak aku dah dah tambah satu menu makan... daging blackpaper... i loike!!!

Setakat ni aku belum mampu nak pakai set bersalin Nona Roguy yang aku beli tuh!!!
Sebab utama - anak aku kene jaundis sehingga 5 hari ditahan diwad... jadi aku takut nak makan pape ubat melibatkan jamu. Sesetengah orang kate nona Roguy x effect susu ibu... tapi aku tetap takut nak makan...
Kasihan baby...
Sebelum ni keinginan tuk kurus semasa berpantang membuak2... selepas ada baby depan mata....
keinginan tu hilang sendiri... aku jadi nak makan banyak2 sebab nak kasi susu badan banyak!!!
Demi mu wahai anak!!!!

Jadi aku hanya pakai minyak herbanika saja setakat ni.... untuk berurut... sangat selesa, segar selepas berurut... aku suke!!!! ingat nanti nak beli lagi satu botol...

Yang lain2 belum terusik.... sebab aku malas!!!! belum sempat nak manjakan diri lagi. Aku rase sepanjang 20 hari ni, kehidupan kalut sikit...hahaha almaklumlah nak terima perubahan dalam kehidupan mestinya ambik masa kannnnn!!!!

Pic Aqil terbaru????? X sempat nak ambil huhu... neneknya yang xcited ari2 duk tangkap pic cucu...
Cucu pertamalah katakan...

Harap aku dapat berpantang 44hari dengan jayanya... amin ;)


Sunday, January 6, 2013

Alhamdulillah Selamat Bersalin...


Alhamdulillah tarikh 3 Januari 2013 tepat 12.29pm sejarah telah tercipta... aku telah selamat melahirkan baby lelaki seberat 2.81kg.....

Semoga menjadi anak yang soleh ye sayang......!!!!
Nama masih belum boleh diumum...masih dalam mencari heheh.....

Next tempoh berpantang!!!!!!!!!!!!!!

Friday, December 28, 2012

Tanda2 nak bersalin...

Info untuk aku jugak!!!
Memandangkan aku dah masuk dalam tempoh "bila2 masa je" , jadi kene lebih alert menda2 macam ni...


Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan
rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa
hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang
- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!),
dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.

Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam
kereta. :-) )

- keluar air ketuban.
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- keluar darah dari vagina.
- apa saja masalah yang dialami.



Aku masih belum mengalami tanda2 yang disebutkan... belum waktunya lagi...
Cuma malam2 sekarang perut kerap mengeras... tapi tidak tetap/konsisten waktunya.
Huhu suspen jek!!!