CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Doakan Kami Berkekalan

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Sah...Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Menarik Disini




Friday, November 30, 2012

Khasiat air kelapa

Aku tau korang semua mesti pernah dengar jugakkan pasal ni.
Memang banyak kebaikkan minum air kelapa ketika hamil ni...
Setelah mendengar dari orang2 yang berpengalaman...
Aku pun dah start minum masa kandungan 32 minggu....


Tadaa!!!! Siap beli byk biji tuk simpan kat umah hehe


Antara khasiatnya : (hasil dari en gugel)

1. Elektrolit Alami

Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang kaya mineral dan memiliki elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.
Ibu hamil membutuhkan lebih banyak air dibandingkan orang lain. Dehidrasi selama kehamilan dapat menyebabkan berbagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kram, edema dan bahkan kontraksi yang dapat menyebabkan persalinan prematur.

2. Diuretik Alami

Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan saluran kemih. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah infeksi saluran kemih– yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.

3. Antipenyakit

Air kelapa muda mengandung asam lauric, asam yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan memiliki karakteristik antijamur, antibakteri dan antivirus sehingga menjaga kesehatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteri klamidia dan heliokobater.

4. Membantu Pencernaan

Air kelapa juga dipercaya memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan, plasenta memproduksi hormon progesteron yang memperlambat kontraksi otot lambung sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa dapat membantu meningkatkan kecepatan pencernaan.

5. Meningkatkan HDL

Air kelapa muda tidak mengandung lemak dan kolesterol, bahkan menurut riset dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.
Bila Anda tidak bisa mendapatkan air kelapa yang segar, kini telah tersedia air kelapa murni dalam kemasan siap minum yang dapat dibeli di supermarket.

Minum ni dapat menyejukkan badan ( yelah time pregnant asyik panas je biarpun kipas atas kepala cam nak tercabut!!!) 
Lepas minum je baby memang bergendang2 dalam tummy ni... lebih kuat dari biasa... sedap kot air kelapa tu...hahaha
Okeh lah...daa
 
Jom ke Midvalley tiz weekend  - 4th Maternity and Children Expo 2012 ;) ;) ;)




Tuesday, November 27, 2012

Teaser : Persediaan sambut "orang baru"


Heheh.... tunggu la cite selanjutnya...!!!
Sebab tuan punya rumah tengah ambil mood... 










Sunday, November 25, 2012

Sesi mendobi - Done!


Yeay akhirnya dapat jugak buat entry pasal mendobi baju hehe..
Tiada xtvt luar untuk weekend ni, jadi aku gunakan sepenuhnya untuk settlekan apa2 yang belum selesai...
Nak packing barang2 pun tertunda dek kerana semua belum dicuci lagi..

Niat dihati nak basuh tangan je. bukan kotor pun kan. Tapi penyakit  M yang amat, aku pun campak2 je kat washing machine... muahaha... senang keje!!!!












Aku pakai pencuci ABD Pureen tu... aku suke!!! sangat wangi!!!! Duk melipat semua ni sambil duk cium2 baunya tau heheh...
Sangat lega bila berjaya melakukannya untuk minggu ini.
Penat nak dengar orang tanya dah packing ke belum.... Next!!!! boleh la buat sesi packing barang2 pula ;)
Excited!!!!

Esok ada checkup tuk 34minggu @kkia... harap semuanya ok...

Friday, November 23, 2012

Sambutan Ulangtahun Kedua TV Alhijrah Bersiaran

Wah dah Jumaat seronoknya... minggu ni rasa paling lama nak menunggu datangnya hari Jumaat...
Dah kemalasan sangat dah duk kat opis tu...
Ni la akibat bercuti panjang minggu lepas... tu baru seminggu. Nanti x dapat nak bayangkan cuti berpantang 2 bulan duk lenang2 kat umah tetiba nak kene g kerja.... wuarghhh!!!! Perlukan kekuatan....

Semalam kat opis ade la buat majlis sikit sempena dah 2 tahun bersiaran... Alhamdulillah TV Alhijrah makin diterima dan dikenali. Dah namanya majlis, opkos la ade makan2 kenssss....Apa lagi sesi melantak la kojenye...hehe

Bersama teman2 rapat di opis
Sesi melantak heheh


So colorful...
Alhamdulillah... dapat la suntikan semangat dari Tan Sri Pengerusi untuk akhir tahun ni...
Rezeki baby yang bakal lahir x lama lagi... ;)







Monday, November 19, 2012

Completekan barang VS Kehendak je lebih..

Wah dah seminggu rupanya x update blog, heheh mentang2 cuti seminggu, blog pown bercuti seminggu jugak larh. Baru je balik dari Penang berjumpa hubby di sana...
See dah sarat 8 bulan masih boleh berjalan jauh2.... Hubby x bape nak kasi... dah isteri dia ni tetap degil ngan keputusan itu...heheh... Rasa badan larat lagi, apa salahnya kan kan....

Xmau cite pasal kat Penang... cite pasal baby gak best hahaha.... over eksaited!!! okeh
Aku sebenarnya x sabar nak menunggu akhir bulan ni, ada Maternity & Children Ekspo @ Midvalley kl... yahoo!!! Opkoslah nak completekan apa2 barang yang masih belum ada... terutamanya set elektrik breastpump n botol susu baby.....Teruja nak menunggu detik itu...

Jom kita serbu!!!

Sekarang ni pun dah macam2 barang baby yang aku nak, setiap ari asyik bertambah je wishlist aku.... Aku tau menda tu bukan satu keperluan tapi biasalah dah namanya perempuan... nafsu lebih... Apepun aku akan gunakan duit aku sendiri untuk memuaskan kehendak ati aku ni... Dun worry yer hubby sayang ;)

Target aku nak rembat!!!!!

FISHER PRICE PORTABLE ROCKER
Baru je ushar menda alah ni kat FB  Sya&Nas Kiddies StoreSangat menarik dan aku rase harga dia murah sikit berbanding tempat lain, RM210 termasuk post... Kalo korang ade tau kat mane lagi murah jangan larh malu2 share ngan aku yer....

Set tilam kekabu Little Dje pun aku berkenan.. Memandangkan aku dah beli set tilam tuk mybaby... jadi cuci mata n telan air liur sendiri jela... nak buat ape tilam banyak2 kan?? (sedapkan ati huhu).

Tetiba teringat baju baby belum dobi....!!! huhu... tunggu mood rajin sampai dulu...
Minggu ni dah masuk 33minggu... Alhamdulillah.... ;)





Tuesday, November 13, 2012

Cerita Checkup 8 Bulan (32 Minggu Sudah)

Alhamdulillah dah selamat masuk ke bulan baru... angka 8... hehe
Teruja?.... opkoslah kan... x sabar nak jumpa my little baby ni...Baby sangat2la aktif bergerak sekarang, maybe baby pown mesti x sabar nak jumpa mama nye kehkeh2 terpasan....

Masuk 8 bulan aku masih lagi cergas ke hulu ke hilir... alhamdulillah sentiasa diberi kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang preggy ni....

Semalam checkup 8 bulan kat KKIA Tanglin...
Semuanya ok...

  • Berat naik 0.5kg dari last checkup (Dah naik lebih kurang 8kg dari berat asal sebelum preggy) 
  • HB aku dah naik 11.4 berbanding last 2 week 10.8 je... (Petuanya: aku makan ikan bilis banyak2 2 3 hari nak checkup hehe... ternyata berkesan hehe)
  • Juga aku sudah cukupkan 2x cucuk ATT untuk elak kancing gigi tu... jadi semuanya ok!!!!


Next checkup lagi 2 minggu...hoyeah!!!! Macam seronok semacam nak g checkup kan... hahah

Perkembangan Fetus ketika 32 minggu

Perkembangan baby masa ni.
Berat bayi sekarang lebih kurang 3.75 paun / 1.7 kilogram dan panjangnya lebih kurang 17 inci / 42 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya belum akan matang sepenuhnya sehingga hampir dekat masa dilahirkan, anak kecil anda menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas. 

Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa. 

Jika bayi anda lelaki, testikel sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum. Namun kadangkala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehingga selepas kelahiran. Bagi dua per tiga bayi lelaki yang mempunyai testikel tak turun semasa lahir, keadaan ini memulih dengan sendirinya menjelang umur satu tahun. 

Anda mungkin menambahkan berat badan anda sebanyak satu paun / 450 gram setiap minggu, sebab dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambahkan lebih dari setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sempurna dalam minggu-minggu terakhir. 

•Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 

Maklumat dari :  BabyCenter Malaysia




Saturday, November 10, 2012

Akhirnya - Set bersalin pilihanku

Semingu dua ni memang aku sakit kepala nak fikirkan set bersalin yang mana aku nak pilih ni... \
Tak banyak pun pilihannya,,, 2 je kowt... tu pown nak pening hahaha....
Aku dlm dilema nak pilih antara Set Bersalin Tanamera or Set Bersalin NR.
Masing2 ada produk terbaik mereka...

Kalo Tanamera aku minat nak cuba minyak VCO tu, yang dikatakan elok dipakai dekat Miss V untuk memudahkan proses bersalin dan boleh dibuat sebagai minyak selusuh.

Kalo NR laks aku tertarik produknya yang Tablet Phyto Natal tu. Banyak aku baca respon yang positif bila mereka makan tablet ni. Tapi kalo anak jaundis kena hold dulu.... Tapi aku dapat nasihat seelok2nya makan tablet ni lepas 2 minggu bersalin.

Setelah difikir.. ditolak n ditambah.... pilihan aku ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
heheh

Set Bersalin NR

Aku beli on9 je dekat Minanggun Beauty sebab dorang tawarkan harga yang murah + boleh dapat free gift lagi. Sapa xnak kan?.....  Senang berurusan ngan akak ni...

Alhamdulillah, dah selamat sampai. Suke!
Dapat Free Gift... lagi aku suke!
Aku harap dapatlah aku berpantang betul2 nanti dan rajin nak pakai semua menda alah ni...
Jom study sikit pasal produk NR ni..:-

Tablet Phyto Natal.(90 Tablet)
Phyto Natal di dalam Set Bersalin NR berfungsi untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Ia juga bertindak menguatkan tubuh di samping melawaskan pembuangan air besar.

Akar Herbanika.(10 Pek Uncang)
Akar herbanika di dalam Set Bersalin NR  bertindak menambah khasiat pemakanan dan menyegarkan anggota badan ibu yang baru bersalin.1 pek Akar Herbanika di rendam dalam 1 teko air panas yang mendidih dapat digunakan semula untuk tempoh 3 hari.Air ini juga boleh dicampur dengan madu untuk menambah keharuman, rasa dan khasiatnya.

Herbanika Lulur.( 100 gm )
Set Bersalin NR lengkap dengan lulur yang bertindak menyental daki dan kulit yang kehitaman dan kasar semasa mengandung.Anggaran penggunaanya antara 1-2 sudu besar penuh.Lulur ini di gunakan satu kali seminggu dan boleh di gunakan semalam 1 bulan.

Herbanika Barut.(60gm)
Krim barut di dalam Set Bersalin NR  ini disapu disekeliling perut dan pinggang untuk meleper dan memperkemaskan perut yang menggeleber selepas bersalin.Ia juga menguatkan semula otot-otot perut dan pinggul yang kendur ketika menampung bayi di dalam kandungan.Gunakan herbanika barut Set Bersalin NR  ini 2 kali sehari sebelum memakai bengkung.

Minyak Herbanika.(100 ml)
Minyak herbanika disediakan di dalam Set Bersalin NR  untuk membantu menguatkan otot perut dan buah dada, mengurangkan kesan regangan atau pecah-pecah di kulit semasa mengandung.Ia juga melancarkan peredaran darahdisamping memastikan badan ibu yang baru bersalin sentiasa hangat.

Uncang Cuci.(10 pek uncang)
Luka jahitan elok di cuci dengan Uncang Cuci NR .Ia bertindak seperti antiseptik untuk mengelakkan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.Ia juga di buat mandian yang berfungsi menyegar dan menghilangkan bau badan semasa berpantang.Pek 10 uncang ini tahan untuk penggunaan selama 1 bulan


Wednesday, November 7, 2012

Cerita 4D Scan buat kali ke 2



Last week, berkesempatan jugak kami pergi ke klinik Fauziah Ampang...
Senang je buat appointment kat SINI . Sangat cepat dan mudah...
Sengaja aku pilih malam sebab siang ari aku keje... sayang ko nak pakai cuti tahunan yang tinggal secoet tu hehe.


Baby sangatlah pemalu... susah betul nak tunjukkan mukanya...
Penat aku and Miss Jezz duk panggil nak godek2 perut kasi dia bergerak... Maka ni je la hasilnya...
huhu....


Janganlah kacau saya tido....

Hisap jari kaki

Hisap jari tangan

Pic baby banyak duk hisap jari kaki n tangan je, mungkin lapar sebab time ni aku belum makan lagi muahaha...
Kasihan anak mama.....

Puas ati aku tuk ada pic 4D Scan my baby, walaupun x banyak... sekurang2 aku ade kenangan gambar my baby ketika dlm my tummy ni kan...

Time ni aku 30w pregnant... n berat baby dah 1.5kg....
Jgn besar2 sangat ye anak mama... takut x terteran nanti...boleh x? hahah

Friday, November 2, 2012

Raya Haji & Kenduri Doa Selamat..

Alhamdulillah... arini aku dah 30minggu 5 hari...
Dah seminggu raya baru datang mood nak bercerita ye...hehe...
Raya Haji tahun ni aku beraya belah keluarga mertua di Gerik, Perak...
Sambutan kat sana lebih kurang je macam kat kampung aku Terengganu, yang syoknya mak aku n adik aku juga datang ke Gerik...jadi tak adalah aku sedih raya kali ni...sebab family aku ada bersama....
Bersama orang tersayang

Mak dan Ma

Memandangkan aku dah masuk 7 bulan, jadi mak mertua buatlah sedikit kenduri doa selamat. Menariknya kat sini masih lagi buat gotong royong masak ramai2... kalo kat tempat aku dah susah nak jumpa...
Sangat meriah....


Ma dan menantunya aka suamiku hehe

Makanan tradisi bila kenduri di perak "Gulai Batang Pisang"

Kenduri doa selamat sekalilah dengan sesi melenggang perut malam tu. Wujud lagi tradisi ni rupanya...aku ikutkan je la, mak bidan tu xde ar lenggang perut  mane.. cuma pegang2 n baca2 doa sikit...  dan sediakan minyak selusuh untuk aku minum nanti bila dah sakit nak bersalin.

 
Hanya tekan2 perut terus dapat agak jantina baby aku.. hebat x??? huhu menurutnya kepala baby pun dah turun ke bawah mungkin lagi sebulan lebih aku akan bersalin... Dengar tu terus aku naik seriau... barang baby belum complete lagi!!!!! Wuargh!!!!! Sudah tidak lama.....


Balik je kl terus aku buat persiapan semua, sediakan checklist barang2 untuk aku beli nanti. Banyak sebenarnya aku nak share ngan korang. Set bersalin yang aku pilih tuk berpantang nanti... n cerita aku dan suami pergi buat 4D Scan kali ke 2... memandangkan yang first aritu menducitakan...hehe tunggu ye next entry k... ;)

Sayang korang!!!!!