CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Doakan Kami Berkekalan

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Sah...Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Menarik Disini




Showing posts with label Tempat Kerja. Show all posts
Showing posts with label Tempat Kerja. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

Bayangkan - Senaman Aku 5x Seminggu



Kalo korang nak tau... kat puncak sana la opis aku!!!
Cuba ko bayangkan nak menapak satu2 anak tangga ni hari2 nak masuk keje...
Awal2 preggy dulu laju la jugak naiknya...
Sekarang dah nak masuk 9 bulan... begitu seksa rasanya nak menapak sampai ke bangunan opis tuh... HARU!!!

Bangunan lama, dulu kononnya cantik la anak tangga banyak camni... huhu
Aku terpaksa panjat tangga ni paling kurang dua kali sehari... pagi n tengahari....
Elok ke orang mengandung ni naik tangga banyak2? .... kalo berjalan banyak tu aku tau la bagus!!!

Eskolator in progress..... tapi xde maknanya dah la pada aku... !!!!
Dah selamat bersalin dah time siap tuh huhu...
Baru sekarang aku memahami maksud "Sarat Mengandung!!!!!"

X sabarnya nak start cuti akhir bulan ni...... dah x sanggup nak bersenam macam ni hari2 hehe






Friday, November 23, 2012

Sambutan Ulangtahun Kedua TV Alhijrah Bersiaran

Wah dah Jumaat seronoknya... minggu ni rasa paling lama nak menunggu datangnya hari Jumaat...
Dah kemalasan sangat dah duk kat opis tu...
Ni la akibat bercuti panjang minggu lepas... tu baru seminggu. Nanti x dapat nak bayangkan cuti berpantang 2 bulan duk lenang2 kat umah tetiba nak kene g kerja.... wuarghhh!!!! Perlukan kekuatan....

Semalam kat opis ade la buat majlis sikit sempena dah 2 tahun bersiaran... Alhamdulillah TV Alhijrah makin diterima dan dikenali. Dah namanya majlis, opkos la ade makan2 kenssss....Apa lagi sesi melantak la kojenye...hehe

Bersama teman2 rapat di opis
Sesi melantak heheh


So colorful...
Alhamdulillah... dapat la suntikan semangat dari Tan Sri Pengerusi untuk akhir tahun ni...
Rezeki baby yang bakal lahir x lama lagi... ;)







Thursday, September 20, 2012

Ada apa dengan hari ni... 20 September 2012

Alhamdulillah... hari ni 20 September genap 2 tahun aku bekerja di sini (TV Alhijrah)
Banyak suka dan duka sepanjang bekerja disini...

Kerjaya aku bermula disini :-
- dari aku tunangan orang sehinggalah dah nak jadi ibu orang hehe...
- dari aku seorang yang kurus sikit sekarang dah besar banyak (seronok makan je)...
- dari zero pasal kerja tv sekarang dah tau sedikit sebanyak cara kerja di stesen tv...
- dari seorang pemalu sekarang lebih pandai bersosial sikit... agaknya larh heheh

Company pun baru bertapak 2 tahun, sebelum ni ramai yang tidak tahu kewujudan TV Alhijrah ni, sekarang orang dah mula mendengar dan mengetahui TV Alhijrah sebagai stesen tv Islam pertama Malaysia.. Syukur.


Tahun 2010 : Time ni ofis pun x siap lagi. Penempatan sementara.

In the making...

Prosos pemasangan bermula

Akhirnya dirasmikan yeay!!!

Team...

Meraikan 2 tahun berkerja disini  kami buatlah makan2 sikit arini... (huhu pic makan2 xde plak)

p/s : Xtau la sampai bila aku dapat bekerja disini... masih dalam dilema... suami di Penang... adakah aku patut bertukar kerja???  Yang pasti aku seronok dengan kerja aku sekarang...

"Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku... Amin..."



Thursday, September 6, 2012

Raya kan sebulan...

Hari2 sana sini masih lagi duk dengar orang buat open house hari raya...
Walau dah hampir hujung bulan syawal... apepun selagi masih bulan Syawal...
Tetaplah kita beraya dak?...
Awal2 bulan Syawal semua tentu sibuk beraya dengan keluarga dan saudara terdekat.
Jadi masa2 macam inilah waktu beraya bersama kawan or rakan sekerja...

Opis aku pun tidak ketinggalan untuk buat jamuan hari raya...
Apa lagi makan, makan dan makan... hehehe



p/s ~ Tangan mesti cover pewot.. walaupun xde la nampak sangat...hehe
     ~ Inilah terakhir kali aku pakai baju kurung... lepas ni memang sure sendatlah pewot tu... Kasihan baby..
     ~ Gambar raya ngan keluarga langsung takde.. huhu sedih tol...