CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Doakan Kami Berkekalan

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Sah...Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Menarik Disini




Friday, August 31, 2012

Kenal Jantina Baby

Info ni aku dapat dari blog orang juga, jadi sama2 kita kongsikan ye... x salah kot jika dikongsikan...


Sangat comeyyy

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki


  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala
Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan


  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur



    //Ekceli 2 hari lepas aku kurang sihat, jadi pergi la ke klinik... dah alang2 ke sana scan la perut terus.. ternyata baby dah menunjukkan jantinanya okeh...sangat teruja...hehe... dapat tau seawal ini.... Nanti aku kongsikan samada gegurl or boboy hehe.... ;)

Thursday, August 30, 2012

Merdeka 55!!!!

Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 55 Malaysia!!!!
Sangat bangga menjadi anak Malaysia.... yeah...
Betapa bersyukurnya kita dilahirkan di negara aman damai tanpa peperangan...
Begitu besar pengorbanan nenek moyang yang dulunya berkorban nyawa demi mendapatkan.. erti KEBEBASAN....

Chewah dah terlebih semangat Patriotik...hehe
Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Semua!!!!

From Mr Gugel

Monday, August 27, 2012

Seronoknya Raya Tahun Nie

Dah seminggu beraya pun... mood masih nak beraya lagi...

Sampai masuk opis pun terbayang2 nak g beraya...
mood nak buat kerja pun belom ada.... huhuhu..

sepanjang seminggu beraya extra seronok + makin kuat makan + penat semua ada...
Selain beraya di Perak, pergi juga ke Baling melawat sedara mara suami.. pertama kali jumpa selepas kenduri x pernah aku g sana.... Time raya ni la kan masa untuk bermesra...
First time beraya di Perak.... dapatlah tahun ni solat hari raya n makan rendang di pagi raya... Rendang sama je cam rendang terengganu... Cuma kat sini ada satu menu lagi daging masak hitam... memang aku suke!!!!
Awal2 pagi dah call ma di Terengganu, nak ucap Selamat Hari Raya... tetiba laks jadi sebak nk nangges (cepat2 cover takut mak mertua pasan)...huhu
x pernah berjauhan la katakan... padahal sehari sebelum raya n sebelum aku gerak ke Perak dah jumpa ma di KL... hehe

Gambar Raya...???
Huhuhu kami x bergambar raya pun... sedih kan...
Xde mood nak bergambar, aku rase rupa aku skrang dah macam makcik2 dengan perut makin membuncit...
Insyaallah raya tahun depan nak bergambar sakan... hehe