CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Doakan Kami Berkekalan

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Sah...Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Menarik Disini




Saturday, November 10, 2012

Akhirnya - Set bersalin pilihanku

Semingu dua ni memang aku sakit kepala nak fikirkan set bersalin yang mana aku nak pilih ni... \
Tak banyak pun pilihannya,,, 2 je kowt... tu pown nak pening hahaha....
Aku dlm dilema nak pilih antara Set Bersalin Tanamera or Set Bersalin NR.
Masing2 ada produk terbaik mereka...

Kalo Tanamera aku minat nak cuba minyak VCO tu, yang dikatakan elok dipakai dekat Miss V untuk memudahkan proses bersalin dan boleh dibuat sebagai minyak selusuh.

Kalo NR laks aku tertarik produknya yang Tablet Phyto Natal tu. Banyak aku baca respon yang positif bila mereka makan tablet ni. Tapi kalo anak jaundis kena hold dulu.... Tapi aku dapat nasihat seelok2nya makan tablet ni lepas 2 minggu bersalin.

Setelah difikir.. ditolak n ditambah.... pilihan aku ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
heheh

Set Bersalin NR

Aku beli on9 je dekat Minanggun Beauty sebab dorang tawarkan harga yang murah + boleh dapat free gift lagi. Sapa xnak kan?.....  Senang berurusan ngan akak ni...

Alhamdulillah, dah selamat sampai. Suke!
Dapat Free Gift... lagi aku suke!
Aku harap dapatlah aku berpantang betul2 nanti dan rajin nak pakai semua menda alah ni...
Jom study sikit pasal produk NR ni..:-

Tablet Phyto Natal.(90 Tablet)
Phyto Natal di dalam Set Bersalin NR berfungsi untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Ia juga bertindak menguatkan tubuh di samping melawaskan pembuangan air besar.

Akar Herbanika.(10 Pek Uncang)
Akar herbanika di dalam Set Bersalin NR  bertindak menambah khasiat pemakanan dan menyegarkan anggota badan ibu yang baru bersalin.1 pek Akar Herbanika di rendam dalam 1 teko air panas yang mendidih dapat digunakan semula untuk tempoh 3 hari.Air ini juga boleh dicampur dengan madu untuk menambah keharuman, rasa dan khasiatnya.

Herbanika Lulur.( 100 gm )
Set Bersalin NR lengkap dengan lulur yang bertindak menyental daki dan kulit yang kehitaman dan kasar semasa mengandung.Anggaran penggunaanya antara 1-2 sudu besar penuh.Lulur ini di gunakan satu kali seminggu dan boleh di gunakan semalam 1 bulan.

Herbanika Barut.(60gm)
Krim barut di dalam Set Bersalin NR  ini disapu disekeliling perut dan pinggang untuk meleper dan memperkemaskan perut yang menggeleber selepas bersalin.Ia juga menguatkan semula otot-otot perut dan pinggul yang kendur ketika menampung bayi di dalam kandungan.Gunakan herbanika barut Set Bersalin NR  ini 2 kali sehari sebelum memakai bengkung.

Minyak Herbanika.(100 ml)
Minyak herbanika disediakan di dalam Set Bersalin NR  untuk membantu menguatkan otot perut dan buah dada, mengurangkan kesan regangan atau pecah-pecah di kulit semasa mengandung.Ia juga melancarkan peredaran darahdisamping memastikan badan ibu yang baru bersalin sentiasa hangat.

Uncang Cuci.(10 pek uncang)
Luka jahitan elok di cuci dengan Uncang Cuci NR .Ia bertindak seperti antiseptik untuk mengelakkan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.Ia juga di buat mandian yang berfungsi menyegar dan menghilangkan bau badan semasa berpantang.Pek 10 uncang ini tahan untuk penggunaan selama 1 bulan


3 Sudi Tinggal Jejak Di Sini...TQ dari Zura:

fifi

In case awk xleh makan phytho tu..sy suggest awal2..elok la awk beli sunsweet.bkesan utk elak sembelit..

puan.mila

Zura..share hrga pls?? Mila pun dlema antra 2..antra y ni atau shaklee..syoknya free gift..dpt ape tu?

Zurae

Fifi : Yeke, sunsweet boleh elak sembelit... dengar sembitlit tu yang menakutkan tu huhu. Thanx nanti bolehlah cari... sunsweet pown sodap ;)

Mila : Zura beli satu set ni RM300 je, tengah promosi skrang ni. Jadi kalo nak, cepat2 la grab. Ikut harga asal RM3++ jugak... siap dapat free gift lagi, bengkung, pilis, tungku baby n barut baby. Try nengok website dia tu... macam2 ada ;)

Post a Comment