CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Doakan Kami Berkekalan

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Sah...Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Menarik Disini




Tuesday, November 13, 2012

Cerita Checkup 8 Bulan (32 Minggu Sudah)

Alhamdulillah dah selamat masuk ke bulan baru... angka 8... hehe
Teruja?.... opkoslah kan... x sabar nak jumpa my little baby ni...Baby sangat2la aktif bergerak sekarang, maybe baby pown mesti x sabar nak jumpa mama nye kehkeh2 terpasan....

Masuk 8 bulan aku masih lagi cergas ke hulu ke hilir... alhamdulillah sentiasa diberi kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang preggy ni....

Semalam checkup 8 bulan kat KKIA Tanglin...
Semuanya ok...

  • Berat naik 0.5kg dari last checkup (Dah naik lebih kurang 8kg dari berat asal sebelum preggy) 
  • HB aku dah naik 11.4 berbanding last 2 week 10.8 je... (Petuanya: aku makan ikan bilis banyak2 2 3 hari nak checkup hehe... ternyata berkesan hehe)
  • Juga aku sudah cukupkan 2x cucuk ATT untuk elak kancing gigi tu... jadi semuanya ok!!!!


Next checkup lagi 2 minggu...hoyeah!!!! Macam seronok semacam nak g checkup kan... hahah

Perkembangan Fetus ketika 32 minggu

Perkembangan baby masa ni.
Berat bayi sekarang lebih kurang 3.75 paun / 1.7 kilogram dan panjangnya lebih kurang 17 inci / 42 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya belum akan matang sepenuhnya sehingga hampir dekat masa dilahirkan, anak kecil anda menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas. 

Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa. 

Jika bayi anda lelaki, testikel sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum. Namun kadangkala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehingga selepas kelahiran. Bagi dua per tiga bayi lelaki yang mempunyai testikel tak turun semasa lahir, keadaan ini memulih dengan sendirinya menjelang umur satu tahun. 

Anda mungkin menambahkan berat badan anda sebanyak satu paun / 450 gram setiap minggu, sebab dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambahkan lebih dari setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sempurna dalam minggu-minggu terakhir. 

•Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 

Maklumat dari :  BabyCenter Malaysia




4 Sudi Tinggal Jejak Di Sini...TQ dari Zura:

Ryn

kite lebih kurang je kan...tk care!!! betol2..makan ikan bilis byk2 leh naik kan hb....:)

eMMe

Salam Zurae, Alhamdulillah... stakat ni okey kan?
mesti la excited, baby aktif, means baby n mummy sihat... InsyaAllah... moga sihat sentiasa sehingga melahirkan...

akak dah 9 bulan, minggu ni genap la InsyaAllah...
tapi.. akak cam nervous nak jumpe Doc pakar 16hb ni.. coz, akak kene bagi tau bile mau czer..gulp! doakan akak ek...

Hana Soffelia

count the day nih. Tak sabarkan? take care tau.

AZNIAL RAHMAT

PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

Clinic information:-

PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833

Post a Comment