CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Doakan Kami Berkekalan

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Sah...Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Menarik Disini




Friday, December 28, 2012

Tanda2 nak bersalin...

Info untuk aku jugak!!!
Memandangkan aku dah masuk dalam tempoh "bila2 masa je" , jadi kene lebih alert menda2 macam ni...


Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan
rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa
hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang
- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!),
dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.

Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam
kereta. :-) )

- keluar air ketuban.
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- keluar darah dari vagina.
- apa saja masalah yang dialami.



Aku masih belum mengalami tanda2 yang disebutkan... belum waktunya lagi...
Cuma malam2 sekarang perut kerap mengeras... tapi tidak tetap/konsisten waktunya.
Huhu suspen jek!!!

Monday, December 24, 2012

Last Checkup KKIA Tanglin... Next Terengganu!!

Secara rasminya arini dah masuk 38minggu 1 hari... heheh
Checkup terakhir kalinya di KKIA Tanglin... huhu cedey la jugeksss!!!!

Lepas ni dah boleh continue di Terengganu.... tu pun kalo belum bersalin lagikss!!
Aku suke pergi ke KKIA Tanglin ni sebab x sesak n misi pun amat baik n ramah sekali...
Sangat mengambil berat...
Knape aku kate camtu? melalui pengalaman aku larh di awal2 pregnancy dulu aku pernah buat checkup di Cheras...
Mak ai sangat jauh berbeza layanan/service dorang...
Bukan aku nak layanan VIP pown!!!... tapi skurang2nya senyum xde la kelat je muka tu kan...
itu buat kite lebih selesa kannnnn!!!
Lagi satu KKIA Tanglin lebih bersistematik... dan dorang menggunakan sistem komputer..
Aku tanya misi kat situ... sistem ni baru ade beberapa tempat je... belum digunakan sepenuhnya..
Jadi sesapa yang kerja kat KL ni...aku rekemenkan g je KKIA Tangling ni....
Tu pun sape yang nak checkup gomen la.... cam aku nih!!! heheh

Esok aku dah balik Terengganu.... hoyeah!!!!
Nanti kita cite pasal kat Terengganu lak yerrr......
Banyak dah list aku nak makan ni sebelum pantang... jadi kite pulun makan dulu... hahaha gelak jahat!!!
Ok happy holidays yer kawan2........ ;)



Friday, December 21, 2012

Last day @ opis before Cuti ;)



Yeay dah Jumaat...!!!!!
Arini aku last kerja untuk tahun 2012... muehehe hahahaha gelak jahat!!!!
Mood kerja memang ntah kemana2 dah...
X sabar betul nak balik kampung.... Terengganu...
Tapi cuti awal pun bukan boleh balik terus... tunggu hubby datang dari Penang dulu...
Insyaallah Krismas boleh balik, sementara tu boleh la aku packing barang yang belum settle.
Kemaskan umah dulu... nak tinggal lama la katakan...
jadi biarlah semuanya dipastikan selamat dan tersusun rapi...
Arini kat opis pun aku dah kemaskan apa2 yang patut...
Insyaallah akan kembali memulakan kerja Mac 2013.


Workstation dah dikemas rapi...


Arini dah 37 minggu 5 hari... mak aku dah risau takut aku dah sakit2 kat sini... haru ko..!!!
xde siapa kat KL nih...!!!!
Harapnya sempatlah balik kampung dengan selamat...

p/s : Seriau nengok countdown kat ticker... 18  days to go!!! biar betik!!!!!