CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Doakan Kami Berkekalan

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Sah...Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Menarik Disini




Friday, December 28, 2012

Tanda2 nak bersalin...

Info untuk aku jugak!!!
Memandangkan aku dah masuk dalam tempoh "bila2 masa je" , jadi kene lebih alert menda2 macam ni...


Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan
rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa
hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang
- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!),
dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.

Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam
kereta. :-) )

- keluar air ketuban.
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- keluar darah dari vagina.
- apa saja masalah yang dialami.



Aku masih belum mengalami tanda2 yang disebutkan... belum waktunya lagi...
Cuma malam2 sekarang perut kerap mengeras... tapi tidak tetap/konsisten waktunya.
Huhu suspen jek!!!

3 Sudi Tinggal Jejak Di Sini...TQ dari Zura:

RedRose

kalau ketuban pecah duu, senang nak tau. tapi kalau tak...some other signal pun bleh you put in mind. macam I dulu, every 5mins rasa nak buar air je kejanya. it was actually a sign dat da baby is ready to push him/herself out from your body. good luck ye! semoga segalanya berjalan lancar

Puteri Kayangan?@#$%????

dear ni dah dekat2 nak bersalin dah .. jaga diri tau dear ..umi harap semuanya berjalan dengan lancar ..umi pun gah takut gak ni hihi

haa kerap kentut n buang air besar tu buat umi suspen ..umi sellau nak gi membuang walaupun tak makan banyak ..aishhhh ... lain beno dlm fikiran ni haha

Riyanlaiyan

Assalamualaikum..

Salam ukwah dari saya untuk anda..

Jom follow blog saya iya seo dan

saya sudah follow blog anda #35

Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..

Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..

Komen yang baik2 sahaja ye..

Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

Terima kasih sekali lagi..ya

Post a Comment